Friday 19 April 2013

Musim "cute"

Assalammualaikum
Mesti semua orang tahu kan pasal musim "Gwiyomi"? Op cos la kan? Mustahil takde yang tak tahu. Pada mula nya Ana tak tahu langsung pasal Gwiyomi nie. Tapi just tahu ada one of the Kpop's group's maknae ever done that, before. Tak tahu pulak itu Gwiyomi. And lepas tu one of my favorite adik uploaded her Gwiyomi video on FB. And I was like, "ah... nie rupa nya Gwiyomi".
Setelah dikaji, diselidik, diuji kaji... maka Ana pun nak mene-try buat video of Gwiyomi. Haha.






Maluuuuuu. (Puiii. Tak payah nak malu. Dah haplot lepas tu cakap malu) T____T
Sesungguhnya Ana hanya saje-saje je nak try buat. Walaupun mengetahui bahawasanya Ana sangat tak comel. Tengok lah tu. Apabila si gergasi berjari gebus buat-buat comel. (Comel keeee?) Sangat. Hahaha.
Okay. Itu je buat masa nie. Oh ye, I just learn Korean language atau dipanggil "Hangul". Nanti kita update ye. Byeeeee.

Monday 15 April 2013

Ku Tak Akan Bersuara...

Ecewah, tajuk dah macam lirik lagu je. "Ku tak akan bersuara, walau diri mu kekurangan.. la la la la". Haaaa. Biasalah, lirik kompom tak habis. Ana nie main hentam je lirik nie lepas tu dengan confident dan berlagak sombong nya terus "SAYA KUNCI LIRIK ITU!". Tak pasal-pasal kena tendang keluar. Heh.

Ana nak cerita sikit pengalaman kena tempias high fever nie. Sebelum nie Ana pernah kena. Ana ingat lagi masa Ana form 1, kaau tak silap la. Pagi tu biasalah, Ana bangun, kepala rasa berat amat. Ana terus pergi mandi. Ana kalau lepas je bangun tidur, memang terus pergi mandi. Lepas je Ana mandi, pakai baju semua, rasa sejuk gila. Terdetik jugak la, "Apahal plak sejuk nie? Takkan ado salji kek Malaysia nie?", and then terus je baring and selimut, tertidur. Mak datang tengok and pegang kepala Ana, mak kata Ana demam panas. Nasib la time tu form 1, sekolah petang kan. So, kami pun siap-siap la pergi klinik. Memang Ana disahkan demam panas. So, sebelum balik, singgah kedai mamak untuk mengisi kekosongan di perut. Mak cakap kena makan, lepas tu terus makan ubat. Mula-mula elok je Ana makan, dah telan ubat semua. Elok je melangkah keluar dari kedai tu, BLUEEKKKK. Gua muntah. Ewww. Nasib la mamak tu tak marah Ana muntah depan kedai dia. Hahaha.

Peristiwa kedua pada tahun 2009, di mana Ana demam panas jugak di Penang. Masa tu duduk rumah abang kat Penang. Penangan SPAGHETTI TERLEBIH BAWANG PUTIH. Ha kau. Bawang putih tu kan angin. Yang pergi lotak banyak-banyak tu buek apo? Yang si lembab(Ana la) nie pulak boleh pulak la hai gi tambah dua kali. Memang masa demam(keesokkan hari nya) tu tak terasa nak makan. Sebab perut rasa tak selesa. Esok tu, makan laksa, nak tak nak memang kena makan. Dah makan, makan ubat, so Ana pun membaringkan diri dalam bilik. TIBA-TIBA... jeng jeng jeng... ku bergegas lari ke bilik air dan... BLUEEKKKK. Gua muntah. Dan paling best nya, laksa beras yang Ana makan tadi tu, dia keluar sebijik macam sebelum makan. Kira tak hadam la. Huuuu. Time tu memang terus tak makan laksa. Setahun dua jugak la. Lama-lama makan laksa balik. Hahaha. Hantu laksa katakan.

Peristiwa ketiga pada tahun 2010, di politeknik. Demam tak kebah-kebah selama dua minggu. Dah siap ambil ubat kat klinik lagi pun tak kebah. Last-last abang dari Penang datang ambil and kitorang terus balik Shah Alam. Esok tu pergi Selangor Darul Ehsan Medical Centre (kalau tak silap), and setelah disoal siasat, Ana ditahan wad. Ana selalu demam waktu malam. And Ana disahkan ada tonsil. Tonsil bengkak.

Peristiwa keempat pada Mac 2013, seminggu sebelum jatuh sakit memang dah mula rasa tak selesa tekak nie. Rasa pedih-pedih, panas. Tapi Ana bedal jugak ais, air sejuk semua. Malas gua nak pantang-pantang nie. Heeeee. So, hari Sabtu, time tu ada kelas memandu. Ha kau, dah tua-tua baru nak amik lesen. (booo Ana !) So, pagi tu En. Azmi(cikgu memandu dan dia jugak yang datang ambil dan hantar pelajar-pelajar dia) tanya Ana, "Awak okay ke? Tengok status whatsapp kata tak sihat". Time tu dah rasa macam nak demam. Mata berair sikit. Balik je dari belajar memandu, terus demam. Ku telan panadol dua biji pada esok nya. Demam tak nak kebah. Tekak dah pedih. Batuk-batuk DAN, suara mula jadi besar. Hari Isnin, terus takde suara. MAMPOS GUE. Dua hari MC. Masa tu memang tak boleh nak cakap banyak sangat. Tapi, dalam sakit tekak tu, memang nak bercakap je la. Teruk. Hahaha. Tapi tak la pot pet pot pet sangat.

38.6 darjah celcius. Tinggi kan? T__T Kesian.


So pesanan Ana, cepat-cepat lah pergi klinik, makan ubat. Jangan tunggu lama-lama baru nak pergi ambil ubat. nanti jadi macam Ana pulak. Tak mau yeee. Okay lah, Ana nak siap-siap pergi kerja dulu. Byeeeeee.

Addict @ Favorite?

Assalammualaikum...

Baru terasa nak hapdet ini belog heh. Kalau dulu(masa tanam anggur), memang hari-hari hapdet. Tak sah kalau tak hapdet. Setelah setahun bekerja, memang jarang... tak, memang kurangggggg sangat hapdet belog. Siap buat belog baru lagih.

Okay, back to the topic. Selalunya, orang ketagih kopi. Betul tak? Tak sah kalau tak ambil/minum kopi sehari. Dan ada jugak yang kata "kopi nie mengenyangkan", "tak rasa nak makan sebab mulut/lidah rasa pahit sebab kopi" dan sebagai nya. Tapi Ana? Sebaliknya. Ana kalau minum kopi, Ana rasa mengantuk DAN lapar. Serious, tak tipu. And tak la bermakna Ana tak suka or didn't takes any coffee. Still minum tapi bukan ketagih or addict. Sesetengah orang akan rasa nak minum coffee hari-hari. But not me. Ana suka Cappucino, Vanilla Latte, Caramel Latte, dan sebagainya. Hanya sebagai minuman kegemaran. Paling sedap baru-baru nie Ana minum iaitu Black Hazelnut Shake dari The Black Canyon. Sedap.

Tapi... ada minuman yang Ana dah jadi ketagih sekarang. Mesti malah wajib minum sehari. Teh ais. Tak tahu la kenapa. Memang hari-hari mesti nak minum. Sampaikan mak Ana sendiri pun buatkan teh untuk Ana tiap2 pagi before pergi kerja. Kat rumah dah minum, kat ofis pun still buat teh lagi. Lepas tu terasa macam pening-pening. Dah macam mabuk je. Hahaha. Tapi takde lah sampai tak minum air suam/air kosong terus. Masih minum. Dan teh ais Ana selalu nya TAK MANIS. Just nice.

Sedap. *meleleh air liur* Heh. Okay lah. Nanti bila-bila ada masa Ana nak update, Ana update lah. Byeeeeeee.