Wednesday 30 January 2013

Malam Berinai

Assalammualaikum

Alhmadulillah. Ku bersyukur ke hadrat ilahi di atas keberkatan yang telah diberikan. Terima kasih. Alhamdulillah. Akhirnya apa yang dihajati telah pun tiba. Moga-moga semua nya berjalan dengan lancar kelak. Amin amin yang robba 'alamin.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21 



Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai 


Wooops ! Kejap kejap kejap ! Jangan salah faham ye. Tolong lah tolong lah faham. Nie bukan untuk Ana. Heee. Sebenarnya nie semua gara-gara si bakal pengantin baru tu. Siapa ye? Mesti lah bukan Ana. Ana TOMPANG glamor je kat sini. Haaaa. Tak lain tak bukan Liyana Jasmay. Siapa? Kalau korang tak tahu, memang nak kena pelempang. Hahaha. Gurau je ye. Mesti lah semua orang kenal kan. Dia pernah memenangi beberapa awards sebelum bertunang lagi.

Ana baru je dapat tahu yang dia bakal menempuh alam perkahwinan tak lama lagi. Dari mana Ana dapat tahu? Haaaa. Beras cap moghul basmathi saje lah. Eh silap silap. Mesti lah dari Instagram. Heee. Befaedah jugak lah kan Instagram nie. Nak nak pulak ramai retis retis(artis) register instagram kan. Ana follow kak Lisa Surihani. Opcos lah kan. Dia cantik ! Ana suka tengok dia. Okay stop ! Nie cerita pasal Liyana Jasmay.

Tadi kalau ikutkan Ana dah nak masuk tidur dah. Macam biasa sebelum tidur, mesti tengok phone dulu. Belek belek instagram. Tengok tengok kak Lisa update photo terkini. Majlis Malas Berinai Liyana Jasmay. Pada mulanya Ana ingat diorang berlakon. Hahaha. Lepas tu Ana pergi tengok kat instagram kak Umie Aida pulak. Pun sama, update yang sama. "Betul ke Liyana dah nak kawin?". Belek punya belek memang benor sangat lah. Alhamdulillah. Kata orang kalau dah jodoh, tak kemana, kahwin je lah kan. Begitu lah cerita nya.

Oh ye, Nie Ana selitkan sedikit gambar gambar yang kak Lisa Surihani upload tadi.






Ta-dah ! Heee. Sekian sahaja berita untuk kali nie. Jom tido. Esok kerja. Yay !!

noktahnoktahkecik : Bila la pulak rasanya Ana nak merasa alam perkahwinan nie ye? Hahaha. Idok ler gatai bebenor. Kadang-kadang terdetik hati nak rasa bahagia macam orang lain. Takpe Ana, takpe. Ada tu, cuma lambat atau cepat je. Doa banyak banyak ye. Amin.


Tuesday 29 January 2013

Cheese @ Bread? Oh, it's Donut ! ♥ -Part 2

.... dari part 1.

So, pagi nie dan malam nie pun Ana makan donut. Kalau semalam makan donut plain, hari nie makan donut say cheese. That's right. Donut yang atas dia ada taburan atau hirisan cheese. Mozarella cheese kot.

Hari nie busy buat kerja yang tertangguh. So dapat makan sebiji je. Mak beli donut 2 biji. Tapi tak makan pun. So, mak Ana pun bagi donut 2 biji tu kat Ana buat bekal makan kat ofis.

Dan gambar di bawah merupakan donut terakhir yang Ana akan makan. Seksa benor nak ngunyah nye. Mungkin tekak tak berapa nak sedap kot. Hehehe.

Okay itu sahaja untuk malam nie. In sha Allah ada rezeki Ana update lagi ye.

Take care. Assalammualaikum

Cheese @ Bread? Oh, it's Donut ! ♥ - Part 1

Assalammualaikum..

Dua hari makan donut berturut-turut. Ya Allah. Muka pun dah mula nak jadi macam donut. Heeee. Opps. Sorry ye. Ingat Ana makan donut pagi petang siang malam ke? Breakfast makan donut, lunch pun donut, dinner pun donut. WOW. Kalau macam tu memang hebat lah Ana kan? Haha. Tak hade makna nya hokeh? Idok ler teman sebegitu ropa nya. Teman nie jenis tak makan banyak macam menkeme semua. (Puuiii. Perasan Ana nie.. badan gemuk gedempul lagi nak menafikannya) okay okay. Ana makan ikut mood. Eh tak. Hormon kot? Kalau nak makan banyak, memang Ana makan tak berhenti. Kalau datang takde selera, memang takde nya nak makan sangat. Sehari dua kali je jamah makanan.

Okay. Berbalik kepada topik atas. Semalam pergi Giant Kota Damansara. Singgah beli donut untuk anak-anak buah @ J.Co donut. Mak yang nak beli. Ana alang-alang pergi tu, ambil kesempatan la beli kopi. Dari pagi tak minum apa lepas breakfast. Ha. Tu la Ana. Ana kurang minum air. Kenapa ye? Ada sesiapa tahu kenapa?

Ana beli Iced Hazelnut Latte. Eh yeke? Lupa sudah apa nama dia. Main beli je. Janji ada caramel syrup dengan hazelnut, it's just enough for me. Masa air dah siap, Ana dapat donut free xD Heee. Poyo tak? Cakap cepat ! (Booo Ana. Poyo nya kau. Blah blah)

Ingat nak duduk situ dah alang-alang budak tu bagi donut free. Tapi apakan daya.. rushing sangat time tu. Ish. Baru nak feeling feeling macam orang kaya. Hahaha. Mengarut.

Panjang pulak entry nie. Eh yeke? Atau sebab phone nie? Dalam phone nampak panjang lebor. Tak tahu lah macam mana kalau tengok melalui laptop. Hehe. Okay jom ke part 2 ♥

Monday 28 January 2013

Assalammualaikum ♥

Assalammualaikum

Start a new life again. Lol. Maaf lah ye. Ana buat blog baru bersebab. Ada lah sebab yang tertentu.

So.. this's very short entry for the first entry. I'll make it more longer than this later on. Just wait, and see. Heee.

Bye. Assalammualaikum.