Wednesday 30 January 2013

Malam Berinai

Assalammualaikum

Alhmadulillah. Ku bersyukur ke hadrat ilahi di atas keberkatan yang telah diberikan. Terima kasih. Alhamdulillah. Akhirnya apa yang dihajati telah pun tiba. Moga-moga semua nya berjalan dengan lancar kelak. Amin amin yang robba 'alamin.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21 



Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai 


Wooops ! Kejap kejap kejap ! Jangan salah faham ye. Tolong lah tolong lah faham. Nie bukan untuk Ana. Heee. Sebenarnya nie semua gara-gara si bakal pengantin baru tu. Siapa ye? Mesti lah bukan Ana. Ana TOMPANG glamor je kat sini. Haaaa. Tak lain tak bukan Liyana Jasmay. Siapa? Kalau korang tak tahu, memang nak kena pelempang. Hahaha. Gurau je ye. Mesti lah semua orang kenal kan. Dia pernah memenangi beberapa awards sebelum bertunang lagi.

Ana baru je dapat tahu yang dia bakal menempuh alam perkahwinan tak lama lagi. Dari mana Ana dapat tahu? Haaaa. Beras cap moghul basmathi saje lah. Eh silap silap. Mesti lah dari Instagram. Heee. Befaedah jugak lah kan Instagram nie. Nak nak pulak ramai retis retis(artis) register instagram kan. Ana follow kak Lisa Surihani. Opcos lah kan. Dia cantik ! Ana suka tengok dia. Okay stop ! Nie cerita pasal Liyana Jasmay.

Tadi kalau ikutkan Ana dah nak masuk tidur dah. Macam biasa sebelum tidur, mesti tengok phone dulu. Belek belek instagram. Tengok tengok kak Lisa update photo terkini. Majlis Malas Berinai Liyana Jasmay. Pada mulanya Ana ingat diorang berlakon. Hahaha. Lepas tu Ana pergi tengok kat instagram kak Umie Aida pulak. Pun sama, update yang sama. "Betul ke Liyana dah nak kawin?". Belek punya belek memang benor sangat lah. Alhamdulillah. Kata orang kalau dah jodoh, tak kemana, kahwin je lah kan. Begitu lah cerita nya.

Oh ye, Nie Ana selitkan sedikit gambar gambar yang kak Lisa Surihani upload tadi.






Ta-dah ! Heee. Sekian sahaja berita untuk kali nie. Jom tido. Esok kerja. Yay !!

noktahnoktahkecik : Bila la pulak rasanya Ana nak merasa alam perkahwinan nie ye? Hahaha. Idok ler gatai bebenor. Kadang-kadang terdetik hati nak rasa bahagia macam orang lain. Takpe Ana, takpe. Ada tu, cuma lambat atau cepat je. Doa banyak banyak ye. Amin.


No comments: