Sunday 10 February 2013

Teguran

Assalammualaikum...

Ana percaya mungkin dah ramai orang tahu tentang video Shila Amzah di Youtube.

Video Shila - Sila click di sini

Tipu la kalau ada yang tak tahu. Sedangkan cacing dalam tandas pun kita sebarkan kat semua orang. Ini kan pula artis kita. Ana di sini bukan lah nak mengutuk Shila Amzah ye. Bukan bukan bukan. Biasalah adat bercinta kan. Tambah-tambah lagi dalam usia macam Shila, perkara macam nie biasa berlaku di antara kita semua. Memang paham sangat lah. Tapi apa yang Ana nak cakap di sini, kepada Shila Amzah, Kak Ana di sini faham perasaan Shila macam mana. Alam percintaan nie memanga banyak pancaroba dan dugaan di sekeliling kita. Allah jadi kan suatu perkara tu supaya kita tersedar dari kesilapan kita. Tiap apa-apa yang berlaku tu memang ada hikmah nya. Bak kata orang omputih lah kan, "Everything happen for a reason" katanya. Ha. Jadi, apa yang berlaku pada Shila, akak kat sini harap Shila cepat mendapat ketenangan. Memang susah kalau kepercayaan yang diberi tapi dah hancur, kita memang susah nak memperolehinya balik.

Minta kemaafan kepada kedua ibu bapa kita. Kena sentiasa ingat, ibu bapa jauh lebih penting dari boyfriend nie. Terima setiap teguran mereka. Kerana mereka tahu apa yang baik dan apa yang buruk untuk anak mereka. Solat hajat dan istikharah banyak-banyak. Semoga diberi petunjuk kepada Shila.

Bila dah jadi macam nie haters yang lain atau yang mulut longkang mula la nak mengata ye. Ish ish ish. Tak sayang ke pahala yang korang amal kan tu semakin hari semakin berkurangan? Kita nie manusia, sesama manusia kena la bantu membantu. Buat nya sampai giliran korang, ha time tu baru tersedar agak nya. Tak takut keee?  Jangan la nak menokok tambah cerita nie. Apa yang berlaku hanya Shila dan keluarga nya saja yang tahu.

Hmm. Apa-apa pun, kepada Shila, maaf lah ye kalau-kalau ada yang terguris hati bila baca nie ye.

tepoktepoktanyaselera : Ana update blog nie macam la Shila Amzah sudi jenguk and baca. Heee. XD berangan la kau Ana oiii. Eeee. Malu nya Ana *tutup muka dengan tangan*

No comments: